Tuesday, 11 October 2016

Senjata Nuklear Pemusnah Terbesar

Tahukah anda? Senjata nuklear merupakan kuasa pemusnah terbesar di dunia. Ianya hasil daripada tindak balas nuklear yang mampu menghancurkan sesebuah negara. (Dahsyat tak?) Sebagai contoh, senjata nuklear ini telah digunakan semasa perang dunia kedua oleh Amerika Syarikat ke atas bandar-bandar Jepun iaitu Hiroshima dan Nagasaki.
Menakutkan bukan?...

 
Senjata nuklear kini dapat dilancarkan melalui pelbagai cara seperti melalui kapal terbang pengebom, peluru berpandu, peluru berpandu balistik, dan peluru berpandu balistik antara benua. Senjata nuklear yang pertama dicipta di Amerika Syarikat dalam satu projek rahsia yang dinamakan "Projek Manhattan" dari kajian Albert Einstein. Ujian senjata nuklear pertama dijalankan pada 16 Julai 1945 di suatu tapak dekat Alamogordo, New Mexico.

Amerika Syarikat, Rusia, United Kingdom, Perancis, China, India dan Pakistan merupakan negara kuasa nuklear. Israel juga merupakan sekutu bagi puak-puak tersebut tetapi walaupun tidak diuji, menurut khabar angin, Israel telah menafikan kewujudan senjata tersebut.

 
Bagi memberi kesedaran untuk semua lapisan masyarakat tentang BAHAYANYA senjata nuklear ini, Kelab Buddha dari Universiti Utara Malaysia telah membuat satu pameran khas yang bertempat di Foyer Library tepat jam 10pagi sehingga 5petang. Dan pameran ini telah berlangsung sepanjang 04.10.2016 sehingga 06.10.2016. Sepanjang pameran ini diadakan, kedatangan pelajar amat dialu-alukan dan telah mendapat banyak sambutan daripada pelajar UUM. Kami juga tidak melepaskan peluang keemasan ini, untuk mendapatkan informasi-informasi penting sebegini.


Sepanjang mengikuti pameran ini, banyak info-info penting yang telah dikongsi, Antaranya ialah kesan-kesan daripada senjata nuklear yang sangat bahaya kepada kita mahupun pada alam sekitar serta kepada ekonomi dari segi perubatan. Apa yang dapat kami simpulkan sepanjang pameran ini ialah untuk memperluaskan sokongan kita semua masyarakat terhadap penghapusan senjata nekluar, perlunya kita semua mengambil langkah-langkah atau tindakan untuk masa hadapan yang harmoni dengan melalui semangat dan pemikiran dalam masyarakat untuk mencegah atau mengapuskan senjata nuklear ini.

No comments:

Post a Comment